Ahad, 13 Mac 2011

Islam Is De Way Of Life(Ad-Din)

Manusia adalah makhluk Allah yang paling bertuah dimuka bumi ini. Ini kerana setiap kejadian yang Allah ciptakan didunia ini adalah untuk kegunaan manusia dan kemudahan bagi manusia. Manusia juga diberikan akal untuk berfikir. Dalam diri manusia terdapat dua bahagian yang sentiasa berperang dan bertelagah. Dua bahagian tersebut adalah baik dan jahat. Disebelah baik ia dibantu oleh akal dan malaikat. Manakala disebelah musuh ketat kebaikan(jahat) terdapat syaitan dan nafsu yang menjadi kuda tunggangan syaitan. Menjadi kebiasaan bahawa disebelah kejahatan selalu menjadi pemenangnya. Ini kerana kelemahan kita sebagai manusia juga. Manusia selalu mengikut kehendak syaitan dan nafsunya walaupun diri sendiri tahu bahawa perkara tersebut salah disisi agama. Tetapi disebabkan kejahilan dan kelemahan iman kita sendiri kita selalu terjerumus dalam kancah yang membinasakan diri kita sendiri. Kita selalu lalai dan terlupa bahawa fatamorgana dunia yang indah ini tidaklah kemana. Kita hidup disini adalah untuk mencari sebanyak mana amal yang mampu untuk hidup yang kekal abadi di akhirat kelak. Sahabat, marilah kita memilih Islam sebagai jalan hidup, kerana Islam tidak pernah membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Islam itu mudah jika ia kena pada caranya. Carilah ilmu yang diberkati kerana ilmu adalah harta yang paling berharga didunia ini. Dengan ilmu yang diberkati Allah insyaAllah kita akan bahagia didunia dan akhirat. Renungkanlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan