Ahad, 13 Mac 2011

Cinta...

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka batasan dan penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeda dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan,kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini. (Madarijus-Salikin 3/11)

Coretan Satu Kisah Cinta(Hanya Sebagai Hiburan).

Dalam satu kampung terdapat seorang lelaki yang tidaklah mempunyai rupa paras yang menarik dan misteri orangnya. Disebabkan oleh itu dia dipulaukan oleh orang kampungnya. Dia seorang yang tabah tetapi sebagai insan biasa dia juga mempunyai kelemahan diri kadang iaitu suka berfikiran negatif pada dirinya disebabkan oleh sikap orang kampungnya yang suka mencaci dan menghina dirinya. Dia tinggal dihujung kampung untuk memencilkan dirinya dari orang kampung kerana tidak tahan dihina. Ditengah-tengah kota terdapat satu istana yang sangat tersergam indah. Didalamnya tinggal seorang permaisuri dan seorang puteri yang sangat cantik diminati ramai. Puteri itu mempunyai alis mata yang cantik, muka bujur sirih dan matanya yang berkilau seperti permata. Ramai putera raja dan orang bangsawan yang meminang puteri tersebut. Tetapi hampa kerana puteri itu menolak pinangan mereka atas alasan yang tidak munasabah. Pada suatu malam yang amat dingin, dicelah bunyi cengkerik yang sedang menyanyi memuji malam terdengar suara puteri memberitahu pembantunya keinginannya untuk keluar melihat kawasan-kawasan berdekatan istana. Keesokan harinya, puteri tersebut bersiap sedia dengan pakaian orang kebanyakan untuk menunaikan hasrat hatinya semalam. Dia berpesan kepada pembantunya agar menyimpan rahsia tersebut. Pembantu sangat setia orangnya kerana dia membesar bersama puteri tersebut dan masak benar tentang buruk baik sikap puteri tersebut. Puteri tersebut berlari keluar mengikut pintu belakang istana. Dia berjalan sehingga sampai di sebuah pasar besar dibahagian timur kota tersebut. Ketika dia berjalan, tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang pemuda. Pemuda tersebut terjatuh dan terus digelak orang ramai. Pemuda itu adalah pemuda yang tinggal dihujung kampung. Pemuda  tersebut terus bangun dan meminta maaf kepada puteri itu kerana pemuda itu berjalan sambil tertunduk dia tidak perasan kehadiran puteri itu. Tanpa membuang masa dia terus berlari kerana tidak tahan ejekan dari masyarakat disitu. Didalam hatinya dia berkata, "jikalau aku ada jodok akan kutemui perempuan tadi".
(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan